23/07/2017

UMNO "bersara" di Generasi ke 4

" Adakah UMNO akan dapat bertahan sebagai Kerajaan di Malaysia dengan CICIT Dato' Onn Jaafar sebagai salah seorang orang kanannya ? Ilmuwan terkemuka Ibnu Khaldun beratus tahun dahulu menyatakan kepimpinan politik tidak akan bertahan melebihi 3 generasi. Sejak 1946, UMNO secara tidak langsung dianggap sebagai parti pemerintah yang mewakili kaum Melayu selaku majoriti utama rakyat Malaysia. Hishammuddin Hussein adalah generasi ke 3 pengasas UMNO. Anak-anak dan anak-anak saudaranya adalah generasi ke 4 pengasas UMNO. Masanya semakin hampir untuk UMNO berehat menikmati alam persaraan ? "


Fendi Ahmad 

23 Julai 2017

16/07/2017

PM Najib Terjatuh ?

" Saya memang kritikal terhadap pemerintahan PM Najib Razak dan UMNO sejak 2015 tetapi saya tidak sampai hati mentertawa mahupun mempermainkan kisah beliau hampir terjatuh hari ini di PWTC. Benar atau tidak kejadian itu atau apa jua sebabnya, tidak wajarlah dijadikan bahan mengutuk ataupun isu politik. Lawan tetap lawan dan berani kerana benar menjadi pegangan tetapi biarlah dipandu nilai murni dan bijaksana dalam bertindak juga berfikir. Ingat, Rukunegara ada menyebut: kesopanan dan kesusilaan. "


Fendi Ahmad 

16 Julai 2017

13/07/2017

Datin Seri Terbaik Malaysia


1) Selamat Hari Jadi (12 Julai) ke 91 Srikandi Malaysia Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.


2) Anda selamanya " Datin Seri " terbaik dalam hidupku.


3) Ayatmu pada 1 April 2017 selepas mendengar ucapanku akan selamanya menjadi penaik semangat diri ini: 


4) " Saya nak tepuk kamu. Bagus. Kamu teruskan. Kamu boleh pergi jauh. Selamat maju jaya yer "


5) Saya sayang Tun Dr. Siti Hasmah !


* Gambar di atas bertarikh 15 Julai 2004, saya menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengkhususan Perbankan & Kewangan daripada Canselor MMU, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

11/07/2017

Malaysia Jangan Lupa: Khairy Jamaluddin Adalah Pengamal Rasuah

1) Ketua Pemuda UMNO namanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


2) Dia menang jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009. Sebelum itu beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Rembau pada tahun 2008. Jarang-jarang berlaku seorang anak atau menantu kepada Perdana Menteri boleh dipilih sebagai calon Pilihan Raya oleh parti. Usia pula ketika itu belum cecah pertengahan 30an.


3) Lembaga Disiplin UMNO pada 17 Mac 2009 telah mempersetujui bahawa Khairy BERSALAH kerana TERLIBAT dengan amalan politik wang. Mudah kata, Khairy terlibat dengan amalan RASUAH di dalam kempennya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO.


4) Pelik bin ajaib berlaku, Khairy didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran sedangkan Ketua Menteri Melaka ketika itu (Mohd. Ali Rustam) yang turut didapati bersalah telah ditarik terus kelayakannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. 


5) Untuk rekod, Presiden UMNO ketika kejadian ialah bapa mertua Khairy sendiri iaitu Abdullah Ahmad Badawi.