03/05/2017
BN Menang Di Dalam Kalah
02/05/2017
Di Manakah Negara Berkebajikan PAS ?
" Sahabatku di dalam PAS, perjuangan untuk Islam yang kamu dokong itu amatlah aku sanjungi, penolakan kepada GST kerana bersifat zalim itu juga menjadi pegangan kita bersama. Tetapi, tidakkah kamu wahai sahabat cuba memahami bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan Malaysia telah menghalalkan duit Rakyat sebanyak RM11 250 000 000 digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB ? Kenapa PAS seakan tidak kisah langsung kepada ROMPAKAN berbilion duit rakyat oleh sebuah Kerajaan kleptokrat ? Ringgit Malaysia semakin tidak diyakini dunia dengan nilai terendah dalam masa 8 tahun, kos hidup rakyat bertambah-tambah. Di manakah PAS yang mengutamakan tema Ke arah Negara Berkebajikan sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih ada ? "
Fendi Ahmad
2 Mei 2017
1MBD Bayar Hutang Guna RM11.25 Bilion Duit Rakyat Malaysia !
1) Heboh media massa seperti TV3, RTM, NST, BH dan Utusan beritahu rakyat KEJAYAAN 1MDB bayar "sedikit" hutangnya. Meriah sungguh berita-berita itu.
2) Malaysia dikatakan capai penyelesaian dengan Abu Dhabi bagi kes yang telah dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di London. Kes asalnya dibawa oleh pihak Abu Dhabi kerana 1MDB degil tidak mahu bayar hutang.
3) 1MDB melalui KERAJAAN MALAYSIA bersetuju membayar kira-kira RM11.25 Bilion kepada pihak di Abu Dhabi. Itu hanyalah sebahagian daripada hutang MEGA besar-besaran 1MDB !
4) Menurut laporan rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hutang 1MDB sehingga Januari 2016 adalah mencecah RM50 Bilion.
5) Hutang 1MDB mencecah RM50 000 000 000, bisnesnya langsung tiada membawa walau satu sen keuntungan, duit hutang yang 1MDB dapat pula BERBILION didapati telah HILANG, dimasuk ke dalam akaun peribadi di sana dan di sini DAN paling PARAH, hutang-hutang 1MDB dibayar menggunakan DUIT KERAJAAN iaitu DUIT RAKYAT MALAYSIA. Kita bayar cukai itu cukai ini, RM11.25 Bilion duit kita telah dengan mudah digunakan Kerajaan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak untuk selamatkan 1MDB.
Siapa yang lebih disayangi Kerajaan PM Najib: 1MDB yang dibantu RM11.25 Bilion atau 30 Juta Rakyat Malaysia yang semuanya kena bayar GST ???
01/05/2017
PEMANDU Idea PM Najib Sudah Belanja RM500 Juta Tapi Rakyat Makin Miskin ?
1) PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi & Perlaksanaan) adalah idea Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak yang banyak mengambil alih tugas kakitangan Kerajaan di EPU (Unit Perancang Ekonomi). PEMANDU wujud sejak Najib jadi Perdana Menteri.
2) Najib ambil orang korporat bekas CEO MAS Idris Jala sebagai CEO PEMANDU. PEMANDU keluarkan idea-idea seperti GTP (Program Tranformasi Kerajaan) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan katanya turut mengawal KPI (Indeks Prestasi Utama) semua Menteri Kabinet.
3) PEMANDU yakin meletakkan sasaran bahawa pada tahun 2020 pendapat per kapita Malaysia ialah USD$15000 sekaligus menepati kehendak PM Najib bahawa Malaysia adalah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
4) Malangnya, pendapatan per kapita Malaysia pada tahun 2016 ialah USD$8821, jatuh daripada USD$10345 yang dicapai pada tahun 2013 ! Maknanya apa ? Secara purata, PENDAPATAN RAKYAT MALAYSIA adalah semakin MENURUN dengan teruknya. Makin miskin sejak Pilihan Raya Umum ke 13 (2013) !
5) PEMANDU yang banyak "pakar-pakarnya" bukanlah kakitangan asal KERAJAAN dengan bayaran gaji besar dikatakan telah berbelanja kira-kita RM500 Juta sejak tahun penubuhannya, 2009. Berbaloikah ? Mana janji negara berpendapatan tinggi ?