15/04/2018

Nelson Mandela dan Poster

" Nelson Mandela dan anak-anak kecil Afrika Selatan sebagai poster utama kempen Pilihan Raya Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994. Ianya adalah pemilihan demokrasi sama rata yang pertama selepas tamatnya era penindasan kaum kulit hitam melalui dasar Apartheid. Poster ini membawa petunjuk kepada seluruh warga Afrika Selatan bahawa seorang 'pakcik' ataupun 'atok' itu akan berusaha memimpin negaranya untuk masa depan kesemua anak bangsa di Afrika Selatan tanpa mengira warna kulit dan agama. Fokus utamanya adalah masa depan anak-anak mereka bererti masa depan Afrika Selatan. Hasilnya, Mandela menang besar dan menjadi Presiden kulit hitam pertama untuk negaranya. "


Fendi Ahmad

15 April 2018



12/04/2018

Akak 'Cleaner' Mahu Buat Perubahan

" Seorang akak 'cleaner' beritahu saya dia mengundi di PERLIS walaupun sudah lama duduk di MELAKA dengan anaknnya sejak bergelar ibu tunggal. Dia kata akan balik Perlis untuk mengundi. Saya sengaja kata 'Jauh tu kak Melaka ke Perlis nak mengundi.' Dengan mudah dia jawab, 'kenalah mengundikan, perubahan kena juga.' GELOMBANG kali ini bukan kecil, majoriti besar rakyat sudah tidak sabar untuk membuat perubahan. 9 Mei 2018: Hari RABU, Malaysia berubah ! "
Fendi Ahmad
12 April 2018

09/04/2018

Malaysia Sudah Dekat Mahu Hancur ???

Sahabat semuanya, Saudara Syed Akbar Ali, seorang ahli perniagaan yang pernah menjadi Konsultan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Ahli Panel Penasihat SPRM mengingatkan kita semua:
1) Peneroka Felda sekarang sedang tenat. Dulu depa suruh peneroka beli saham FGV. Depa belilah. Dulu RM4.30. Sekarang saham FGV seringgit lebih saja. Duit depa sudah hancur. Bukan Pembangkang hancurkan Felda.
2) Sekarang peneroka kena tunggu sampai dua bulan baru dapat duit untuk buah sawit. Dulu beberapa hari saja dapat cash. Sudah hancur belanja rumah peneroka. Tak payah tunggu dua tahun. Bukan pembangkang yang hancurkan.
3) Dulu MARA ada banyak duit. Depa pi beli bangunan di Ostolia. Jadi pula kes rasuah di Ostolia. Rupanya depa bayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Polis Ostolia kata terlibat rasuah. Duit MARA hancur. Tak payah tunggu dua tahun. Sudah hancur.
4) Depa pinjam RM55 billion dari negeri China buat landasan keretapi pantai timur. Tapi kewangan KTM sudah hancur. Tak untung pun. Habis macam mana landasan keretapi pantai timur yang baru boleh untung? Macam mana nak bayar hutang RM55 billion? Tak payah tunggu dua tahun. Memang dah hancur dah.
5) Masuk hospital, banyak jenis ubat sudah tak ada. Alat bedah, bekalan bedah sudah kurang. Rawatan terjejas. Tak payah tunggu dua tahun.
6) MAS dah pelingkup berapa kali dah. Depa dah jual aset, buang pekerja, batal route. Apa sudah jadi dengan MAS. Tak payah tunggu dua tahun.
7) PATI sekarang sudah berjumlah 3 juta atau lebih. Depa nak bawa masuk lagi 1.5 juta Bangla saja. Anak kita terpaksa saing dengan Bangla, Nepal, Indon, India, Filipina untuk mencari kerja. Kena berebut untuk cari kerja. Bilangan graduan penganggur makin meningkat. Berpuluh ribu sudah mencecah ratus ribu. Tak payah tunggu dua tahun. Mereka menganggur sekarang.
8) Ringgit pula jatuh hampir 20%. Harga barang impot naik. Bukan pembangkang yang buat.
9) Harga barang naik gila. GST, ringgit jatuh, semua ada kesan. Bukan pembangkang buat. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur dah.
10) Abu Sayyaf serang Sabah. Depa tak tahu jaga keselamatan. Depa terpaksa tutup laluan laut. Kapal dagang, impot ekspot semua terjejas. Sekarang ekonomi pantai timur Sabah sangat susah. Bukan pembangkang buat. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur pun.
11) Banyak kilang, gedung dan kedai tutup. KR1M pun tutup. Supermarket tutup. SS2 mall tutup. Banyak lagi Mall tutup. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur dah. Bukan pembangkang buat.
12) Hutang negara sekarang sudah lebih RM800 BILION. Orang kata sudah dekat RM 1 TRILION !! (SATU RIBU BILION). Tak payah tunggu dua tahun. Kewangan negara sudah hancur dah. Hutang begitu banyak sekali, bayar bunga saja RM40 BILION SETAHUN. GST semua habis untuk bayar bunga hutang. Dah hancur.
- Adakah cerita-cerita di atas PALSU? Saya mohon bertanya.
- MALAYSIA SUDAH HAMPIR MAHU HANCUR, KITA SEMUA BOLEH SELAMATKANNYA SEKARANG
- HARAPAN untuk MALAYSIA !

07/04/2018

Lambang Roket

" Awal bulan lepas Encik (ayah) tiba-tiba bersuara - 'Nampaknya kali ni panjang umur pertama kalilah kena pangkah lambang DAP tu, apa nak buat' - DUN di mana kampung kami terletak sememangnya turun temurun lambang dacing bertemu roket. Nampaknya Encik tidak perlu pangkah lambang roket, Encik akan pangkah lambang lain mewakili Pakatan Harapan. Lebih mudah bagi Encik dan seluruh Melayu-Melayu di kampung juga di Felda untuk memangkah Pakatan Harapan kerana mereka mahu Perdana Menteri ke 7 ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia yang pernah mengeluarkan Malaysia daripada krisis kewangan Asia tahun 1997/1998 dahulu. "


Fendi Ahmad

7 April 2018



Harapan Untuk Malaysia

1) Fakta ini amat menakutkan Barisan Nasional (BN) dan pastinya Perdana Menteri Najib Razak.


2) Perubahan yang diperlukan untuk BN jatuh sekaligus tertendang dari Putrajaya tidaklah mustahil untuk berlaku. Hanya SEDIKIT perubahan di kalangan pengundi Melayu sahaja sudah mampu menidakkan BN kembali berkuasa.


3) Lihat kepada andaian berikut:


- 10% Melayu undi BN tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 10% Melayu undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 90% Cina dan India undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 50% Cina dan India undi BN tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 5% Melayu undi BN tahun 2013 BERALIH kepada PAS.


- 5% Melayu undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada BN.


- 10% Cina / India undi DAP / PKR tahun 2013 BERALIH kepada BN.


4) Hasilnya di Semenjung Malaysia ialah:


- Pakatan Harapan: 100 

- BN: 49

- PAS: 16


5) Jumlah kerusi Parlimen ialah 222. Untuk bentuk Kerajaan, 112 kerusi diperlukan. 57 kerusi terletak di Sabah dan Sarawak.

04/04/2018

Pencen Naik Tambahan 1%: Apa Kata Tok Jib, Fendi dan Makcib Nab

" Untuk makluman para penjawat awam, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Malaysia, malahan, pesara yang umurnya 93 tahun itu pun dapat juga. "


Perdana Menteri 

Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak

4 April 2018


" Perdana Menteri jelas merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pesara berusia 93 tahun yang turut layak menerima kenaikan tambahan pencen sebanyak 1 PERATUS bermula 1 Julai 2018 ini, tambahan daripada kenaikan otomatik sebanyak 2% setiap tahun bagi semua pesara Kerajaan. Selain itu, 1.6 juta kakitangan Kerajaan akan menerima kenaikan gaji tahunan kali ke dua untuk tahun 2018 juga bermula 1 Julai 2018. Untuk rekod, Najib akan berusia  65 tahun Julai nanti dan usia persaraan pekerja di Malaysia kini ialah 60 tahun. "


Fendi Ahmad

4 April 2018


" Kau tak payahlah asyik nak perli orang. Kau nak umum naik pencen ke apa ke cakap ajelah benda tu. Kau tu ingat kau agaknya boleh ke sampai sehat umur 93 nanti ? Orang terdesak macam tulah jadinya. "


Makcib Nab

60an

Pengundi tegar BN hingga 2013

Kampung Alai

4 April 2018

Johor Jadi Tumpuan Najib dan Dr. M

" Semalam Datuk Seri Najib seharian mengumum itu dan ini di 3 Parlimen di negeri Johor - Muar diisytihar sebagai Bandar Perabot Malaysia, Segamat dimasukkan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Labis dengan Projek Keretapi Elektrik Gemas - Johor Bahru. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis di ketiga-tiga Parlimen itu sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Jumaat ini (6 April) Tun Dr. Mahathir akan mengetuai perhimpunan raksasa Pakatan Harapan di Pasir Gudang pula sebagai penutup Jelajah Harapan bagi memperkenal beliau dan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri apabila Harapan diberi kepercayaan rakyat di PRU 14 nanti. Sabtu, 7 April pula Tun M dan pemimpin Harapan akan 'serang' Parit Jawa, Muar. Untuk rekod, Pasir Gudang dimenangi BN pada tahun 2013 dengan majoriti kurang 1000 undi manakala Muar kelihatan mendapat tumpuan istimewa baik di pihak BN dan Harapan kerana itulah daerah kelahiran Presiden Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jika tidak mempertahankan Pagoh, dijangka beralih ke Muar pula. "


Fendi Ahmad

4 April 2018

03/04/2018

9 Tahun Najib Sebagai Perdana Menteri

" Hari ini tepat 9 TAHUN Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pegang jawatan. Ianya adalah lebih lama daripada tempoh Allahyarham Tun Abdul Razak (6 tahun), Allahyarham Tun Hussein Onn (5 tahun) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (6 tahun). Sejak Merdeka, hanya dua Perdana Menteri berjaya sambut 1 dekad (10 tahun) pemerintahan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. 10 tahun pentadbiran Dr. Mahathir dikuatkan dengan idea Wawasan 2020 yang cukup difahami dan disokong rakyat tanpa mengira bangsa dan agama ketika itu. Akan adakah sambutan 10 tahun Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2019 nanti ? "


Fendi Ahmad

3 April 2018

02/04/2018

MCA Penyokong Utamanya Melayu ?

" Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai sewaktu di Bentong semalam yakin MCA akan mendapat sokongan rakyat terutamanya MELAYU di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Sejak bila MCA yang di dalam nama partinya jelas ada perkataan Cina (Chinese) bertukar jadi parti yang perlu disokong orang Melayu pula. Ataukah Presiden MCA itu maksudkan MCA itu kini adalah MALAYS Cooperation Association - Pertubuhan Kerjasama Melayu ??? Jika MCA jelas merasakan yang akan undi mereka adalah Melayu dan sahabat Cina memang tidak akan beri muka maka ada sewajarnyalah semua kerusi Barisan Nasional untuk MCA diberikan kepada UMNO untuk lawan DAP. "


Fendi Ahmad 

2 April 2018

13 "Orang Besar" Barisan Nasional Yang Bakal Tumbang Di PRU 14

1) Jerai

Majoriti 2013: 1196 undi

Datuk Seri Jamil  Khir Baharom

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


2) Ketereh

Majoriti 2013: 974 undi

Tan Sri Anuar Musa

Ketua Penerangan UMNO


3) Machang

Majoriti 2013: 805 undi

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah


4) Balik Pulau

Majoriti 2013: 1539 undi

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Timbalan Menteri Kesihatan


5) Cameron Highland

Majoriti 2013: 462 undi

Datuk Seri G. Palanivel

Bekas Presiden MIC / Bekas Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar


6) Bentong

Majoriti 2013: 379 undi

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Presiden MCA / Menteri Pengangkutan


7) Titiwangsa

Majoriti 2013: 866 undi

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Menteri Kewangan II


8) Segamat

Majoriti 2013: 1217 undi

Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Presiden MIC / Menteri Kesihatan


9) Labis

Majoriti 2013: 353 undi

Datuk Chua Tee Yong

Naib Presiden MCA / Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri


10) Ledang

Majoriti 2013: 1967 undi

Datuk Ir Hamim Samuri

Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar


11) Muar

Majoriti 2013: 1646 undi

Datuk Razali Ibrahim

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


12) Bera

Majoriti 2013: 2143 undi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah


13) Padang Renggas

Majoriti 2013: 2230 undi

Datuk Seri Mohd Nazri Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

*Komen Mak Cik Nab Tentang Pan Borneo: "Negara Lain Ni Dia Ingat Apa?"*

1) Selepas hampir 3 minggu saya tidak dapat bersarapan di kampung, pagi ini selepas Suboh dapat isi perut dengan 'air tangan' Emak. Emak pagi-pagi dah siapkan jemput-jemput (ada tempat dipanggil cekodok bawang / cekodok ikan bilis), jagung rebus dan kopi O panas. 

2) Sambil saya kunyah jemput-jemput, muncul promo projek Lebuh Raya Pan Borneo di TV3. Rasanya promo (klip video ataukah iklan ?) Pan Borneo itu seperti setiap hari sejak 3-4 bulan lepas asyik diulang-tayang daripada pagi sampai ke malam. Tentu antara objektifnya mahu menarik perhatian rakan-rakan di Sabah dan Sarawak supaya menghargainya sebagai satu "usaha besar" Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

3) Saya secara spontan berkata, "Pan Borneo, Pan Borneo." Ayat saya itu sahaja.

4) Emak yang memang lebih banyak menonton TV berbanding saya tanpa dipaksa terus menyambung - "Dia ingat orang kesah sangat Pan Borneo tu ? Yang orang "NEGARA" sini lain-lain ni takda perasaan ?"

5) Saya tersenyum sendirian. Dalam hati berkata, "Wah Mak aku ! Mantap dah !" Siapa yang Emak maksudkan dengan DIA itu dan terasa ada KEMARAHAN juga dalam diri Emak sehingga diapun rasanya tidak sedar menggunakan perkataan NEGARA SINI dalam ayatnya itu. 

#MAKCIKNABpastiBerubah
#MAKCIKNABorangKampung
#MAKCIKNABtinggalkanDacing
#MAKCIBNABselepas8PRU

01/04/2018

Bajet 2018 Yang Menakutkan Saya: Membangun Negara Dengan Hutang, Bayar Bunga Berpuluh Bilion

1) Bajet 2018 Menteri Kewangan Mohd Najib Abdul Razak amat menakutkan saya. Kalau anda tidak takut tidak mengapa, saya memang TAKUT !


2) BELANJA Kerajaan adalah sekitar RM280 000 000 000 (280 bilion) manakala PENDAPATAN Kerajaan dijangka sebanyak RM240 000 000 000 (240 bilion). Belanja LEBIH daripada pendapatan maka kekurangan RM40 Bilion itu perlu ditampung dengan HUTANG baru.


3) Bajet belanja itu dibahagi kepada:


- RM234 Bilion untuk tujuan mengurus negara

- RM46 Bilion untuk tujuan pembangunan negara


3) Dengan pendapatan Kerajaan sekitar RM240 Bilion (termasuk kutipan GST dijangka RM44 Bilion !), maka kira-kira RM40 Bilion daripada DUIT untuk tujuan pembangunan negara (bina sekolah, bina jalan, loji jana kuasa, empangan air, masjid, dsb.) terpaksa ditampung oleh HUTANG baru Kerajaan sebanyak RM40 Bilion itu.


4) Belanja mengurus negara (gaji kakitangan Kerajaan, pengurusan segala aset dan Jabatan Kerajaan, subsidi dan bantuan) sebanyak RM234 bilion bagi tahun 2018, 13% daripadanya digunakan untuk membayar BUNGA / FAEDAH HUTANG Kerajaan sekitar RM31 Bilion. Bayar bunga RM31 Bilion sebab hutang sahaja sudah beratus bilion. 


5) Bajet Kerajaan Barisan Nasional peruntukkan RM46 Bilion bagi tujuan PEMBANGUNAN (RM40 Bilion ditampung dengan HUTANG baru !) dan RM31 Bilion untuk tujuan bayar BUNGA / FAEDAH HUTANG lama Kerajaan. 


Sila BACA semula fakta NOMBOR 5 dan percayalah ianya amat menakutkan dan tidak elok untuk anak-anak Malaysia yang masih kecil


#harapanuntukMalaysia

#bersatuuntukMalaysia

#bersatuuntukTelokMas

Selamat Hari GST Malaysia: Hidup Lebih Senang Dengan GST ???


1) 1 April 2015 bermulalah rakyat Malaysia di "GST"kan. GST itu singkatan Bahasa Inggeris untuk "Goods and Services Tax." Cakap Kebangsaannya ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).


2) Hairan juga kenapa Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak tidak gunakan singkatan CBP. Isu ini seperti tiada siapa yang ambil berat. Awal-awal lagi nampaknya Kerajaan seperti telah "mengtongsampahkan" martabat Bahasa Kebangsaan.


3) GST di awalnya dikatakan sebuah cukai yang lebih adil, memperbaiki segala kelemahan cukai SST (Sales and Services Tax) sebelumnya, dapat menurunkan harga barang dan lebih menguntungkan rakyat.


4) Tiga tahun sudah berlalu, "suara-suara" pihak Kerajaan dalam mempertahankan GST juga sudah tidak sama dengan apa yang dihujahkan mereka di dalam TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan NST 3-4 tahun lepas. Kini GST dilaungkan sebagai PENYELAMAT EKONOMI MALAYSIA dan tanpa GST negara tidak bergerak (bankrup ???).


5) Calon Perdana Menteri Malaysia untuk Pilihanraya Umum (PRU) 14, Bapa Pemodenan Malaysia Dr. Mahathir Mohamad telah umumkan bahawa jika rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih gabungan PKR, AMANAH, DAP dan Pribumi BERSATU maka GST akan dimansuhkan. Perdana Menteri Malaysia tahun 1981-2003 itu dengan yakin mengatakan TANPA GST dahulupun beliau mampu membangunkan Malaysia sehingga digelar antara Harimau Ekonomi Asia di dekad 1990an.