1) Lokasi: Mahkota Parade, Kota Melaka. Selasa, 30 Mei 2017.
2) Ayat " Tak mahu pakai Proton " itu hanyalah sekadar agakan lucu saya yang mungkin dikatakan pemilik kereta Proton Persona ini.
3) Maklumlah dulu Proton 100% milik Malaysia. Kini Kerajaan Malaysia merelakan 49.90 % pemilikannya dijual kepada syarikat dari negara China. Lagi pilu, Proton dan Malaysia sudah hilang terus pemilikan syarikat kereta sport terkemuka Eropah, Lotus. Syarikat China itu juga pemiliknya sekarang.
4) Jadi mungkinlah ada pemilik Proton yang sudah tidak mahu tunjuk lambang Proton yang asalnya 100% milik Malaysia tetapi kini bukan lagi !
5) Peliknya, Kerajaan kata Geely Holdings dari China itu NAMPAK POTENSI Proton dan sebab itu berminat dengannya TETAPI satu lagi puak kumpulan Kerajaan kata Proton sudah tiada harapan dan hanya membebankan Kerajaan. Maknanya apa ? Negara China nampak Proton ada potensi TAPI Kerajaan Malaysia GAGAL mengesan dan memanipulasi potensi Proton ? Siapa bijak dan siapa terkurang bijak ?
No comments:
Post a Comment