30/04/2017

Mat Sabu

1) Encik (ayah) bawa saya naik motor pergi ke ceramah PAS pada tahun 1999 di Segamat. Itu musim "reformasi" dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 10 dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.



2) Penceramah utama pada malam itu ialah Mohamad Sabu. Beliau ketika itu dalam lingkungan usia pertengahan 40an, ahli Parlimen Kubang Kerian.


3) Popular dengan panggilan Mat Sabu, beliau memang cukup hebat berpidato, tidak hairanlah digelar sebagai "ayam sabung" PAS ketika itu. Mat Sabu buka mulut, UMNO memang takut ! 


4) 18 tahun lepas, saya duduk di atas tanah mendengar dengan tekun Mat Sabu berpidato. Saya tidak sokong beliau ketika itu tetapi saya belajar cara berpidato yang berkesan daripadanya. Saya belajar daripada kaedah Mat Sabu bahawa seorang pemidato politik mesti pandai bermain dengan lenggok suara, fakta mesti bijak dimudahkan, sesekali wajib buat orang ketawa dan semangat harus segar.


5) 29 April 2017, saya dapat duduk sebaris dengan Mat Sabu yang kini adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah). Sempat juga seketika "pakar pidato politik" itu dengar budak yang 18 tahun lepas pergi ke cermahnya berpidato pula.

No comments:

Post a Comment