30/04/2017

Mat Sabu

1) Encik (ayah) bawa saya naik motor pergi ke ceramah PAS pada tahun 1999 di Segamat. Itu musim "reformasi" dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 10 dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.



2) Penceramah utama pada malam itu ialah Mohamad Sabu. Beliau ketika itu dalam lingkungan usia pertengahan 40an, ahli Parlimen Kubang Kerian.


3) Popular dengan panggilan Mat Sabu, beliau memang cukup hebat berpidato, tidak hairanlah digelar sebagai "ayam sabung" PAS ketika itu. Mat Sabu buka mulut, UMNO memang takut ! 


4) 18 tahun lepas, saya duduk di atas tanah mendengar dengan tekun Mat Sabu berpidato. Saya tidak sokong beliau ketika itu tetapi saya belajar cara berpidato yang berkesan daripadanya. Saya belajar daripada kaedah Mat Sabu bahawa seorang pemidato politik mesti pandai bermain dengan lenggok suara, fakta mesti bijak dimudahkan, sesekali wajib buat orang ketawa dan semangat harus segar.


5) 29 April 2017, saya dapat duduk sebaris dengan Mat Sabu yang kini adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah). Sempat juga seketika "pakar pidato politik" itu dengar budak yang 18 tahun lepas pergi ke cermahnya berpidato pula.

Ubah Sebelum Malaysia "Mati"

" Malaysia ini kita punya. Selamatkan Malaysia. Hutang negara sudah lebih RM900 Bilion, 200 000 pemegang ijazah menganggur, Ringgit Malaysia jatuh nilai lebih 40% sejak tahun 2011, GST membebankan rakyat dan Malaysia disenarai antara 10 negara rasuah terhebat. Apalagi kita mahu tunggu ? UBAH sebelum Malaysia "mati" ! "


Fendi Ahmad 

30 April 2017

28/04/2017

Cikgu-Cikgu Dalam Ketakutan ?

" Sejak saya kelihatan MERAH sana dan MERAH sini bertemankan Bunga Raya si bunga kebangsaan Malaysia sememangnya saya perasan bahawa semua Cikgu-Cikgu dan sahabat-sahabat yang kini adalah Cikgu juga yang bekerja sebagai kakitangan Kerajaan seakan menjauhkan diri daripada FB saya. Mereka sudah tidak pernah like status-status saya, jauh sekali untuk komen. Mereka bukan tidak menyokong saya, tidak juga mereka telah membenci saya. Itu saya yakin. Mereka sebenarnya sedang berada dalam sindrom takut sahaja. Takut sebab mereka adalah kakitangan Kerajaan. Pembaharuan wajib berlaku apabila Malaysia ini kita SELAMATKAN sedikit masa lagi. Kakitangan Kerajaan wajib sedar bahawa mereka tidak akan dipotong gaji atau hilang pekerjaan jika Kerajaan bertukar. Mesti Cikgu-Cikgu ini akan TAKUT YANG AMAT jika saya katakan bahawa apabila Kerajaan bertukar maka setiap guru yang dahulu kelihatan menyokong Kerajaan lama akan diberhentikan kerja. Takutnyaaaaa !!! "


Fendi Ahmad 

28 April 2017

19/04/2017

Belia Malaysia Makin Ramai Menganggur

" Institut Kajian Ekonomi Malaysia pada 18 April 2017 kata PENGANGGURAN kini adalah masalah serius kepada negara. Kelembapan pertumbuhan ekonomi tidak mampu untuk menyokong pasaran kerja. Kementerian Sumber Manusia pula mengatakan kira-kira 500 000 pengangguran dicatatkan dengan 200 000 daripadanya adalah golongan belia. Laporan tahunan 2016 Bank Negara Malaysia menyebut bahawa kadar pengangguran di kalangan belia Malaysia ialah 10.7% pada tahun 2015, jauh melebihi kadar nasional (3.1%) ! Bayangkan angka sebenar pada tahun 2017 ini. Perdana Menteri Malaysia semestinya tidak akan ditanya wartawan TV3, Utusan, The Star dan NST tentang 'angka-angka pahit' ini. Apa yang akan dibanggakan ialah penerima bantuan BR1M semakin bertambah. "
Fendi Ahmad
19 April 2017

06/04/2017

Swiss Kata Malaysia Tidak Membantu Siasatan ROMPAKAN Bilion - Bilion

1) Peguam Negara Switzerland melalui laporan tahunan 2016 yang baru dikeluarkan mengatakan bahawa pihak berkuasa di Malaysia tidak memberikan kerjasama kepada satu siasatan penyelewengan duit berbilion nilainya.


2) Siasatan berkaitan skandal 1MDB oleh pihak Switzerland memerlukan kerjasama Malaysia. Mereka perlukan bantuan siasatan di Malaysia.


3) Switzerland mengatakan negara lain yang diminta kerjasama semuanya telah memberikan bantuan dan kebenaran yang sewajarnya.


4) Skandal 1MDB menurut kacamata siasatan Switzerland adalah satu kes ROMPAKAN berbilion Ringgit duit daripada dana 1MDB secara sistematik yang melibatkan "bantuan" pekerja-pekerja kanan 1MDB, pelbagai bank antarabangsa dan pegawai-pegawai rasmi dari Malaysia dan UAE. Bank-bank di Switzerland telah digunakan sebagai "saluran" aliran ROMPAKAN tersebut.


5) Malaysia telah dimalukan dengan laporan rasmi Switzerland ini. Switzerland bukanlah sebuah negara "kelas ke 3" di mata dunia. Mengapa Kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara Malaysia tidak sudi memberikan kerjasama dalam siasatan pihak berkuasa Switzerland itu ? Kenapa perlu takut ? Switzerland bukan Korea Utara dan bukan juga Afghanistan !

PM 'Beli Kain' RM55 Juta ?

" Adakah Peguam Negara Malaysia tidak kisah tentang kewujudan bukti Perdana Menteri memindahkan sejumlah wang bernilai kira-kira RM55 Juta kepada syarikat kain popular Jakel Trading dalam tempoh tahun 2011 sehingga 2014 ? Di mana logiknya seorang penjawat awam boleh membeli kain sehingga berpuluh juta Ringgit untuk tempoh 3 tahun ? Mungkinkah ada udang di sebalik batu konkrit ? Jika tidak benar, Perdana Menteri perlu saman pihak yang mengeluarkan dakwaan ini. "
Fendi Ahmad
6 April 2017