24/09/2016

Fendi Ahmad Sah Ahli BERSATU: "Selamat Tinggal UMNO"

1) Terima kasih kepada BERSATU kerana sudi menerima saya sebagai ahli rasminya dengan nombor keahlian 10974.

2) Saya ucapkan "selamat tinggal UMNO dan Barisan Nasional (BN)" kerana sejak "kenal dan suka politik" di usia sekolah rendah, parti yang mendapat CINTA dan KASIH diri ini hanyalah UMNO dan gabungan BN. 


3) Mula kenal erti mengundi di usia 21 tahun, hanya lambang dacing BN yang akan jadi sokongan !

4) Masuknya saya ke dalam BERSATU bukan bermakna saya keluar mana-mana parti. BERSATU "mendapat" Fendi Ahmad sebagai ahlinya bererti berjaya memikat seorang jejaka yang masih bersih daripada rekod menjadi ahli mana-mana parti secara rasmi.

5) Saya pernah cuba mendaftar sebagai ahli UMNO sebanyak dua kali iaitu pada pertengahan tahun 2008 juga 2013 tetapi selepas bertahun, tiada khabar berita. 

6) Terima kasih UMNO kerana tidak berminat dengan saya !

7) Kepada UMNO, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi penceramah kempen anda di sekitar DUN Pantai Kundor dan Parlimen Tangga Batu di waktu menjelang Pilihan Raya Umum 2013. Masih segar terasa apabila setiap ceramah saya menerima sambutan dan teriakan gembira masyarakat.

8) Menuju masa hadapan, saya akan komited dengan perjuangan BERSATU. Saya yakin saya ada kemampuan untuk membantu BERSATU dan rakan-rakannya yang secara dasar telah menerima dan terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama politik dalam "berdepan" dengan UMNO dan pakatan "separuh matinya" di dalam BN seperti MCA, MIC dan GERAKAN. 

9) Sosio politik sudah berubah. UMNO tidak boleh berterusan menjadikan DAP sebagai "talian hayatnya" untuk menakutkan Melayu tetapi pada masa yang sama UMNO cuba membodohkan Melayu dan rakyat Malaysia dalam berdepan skandal besar melibatkan ketuanya.

10) BERSATU akan menjadi "gam" yang menyatukan PKR, DAP, AMANAH (Pakatan Harapan) dengan PAS. Jika Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh berdamai demi menyelamatkan negara, tidak matilah kita jika tidak berterusan menyokong UMNO. Bak kata Tun M, "yang ada hari ini bukan UMNO, tetapi parti Najib." 

- BERSATU - BERAMANAH -BERMARUAH -

16/09/2016

Ahli Parlimen Jelutong Biadap !

1) Orang macam Jeff Oii inilah yang kita rakyat Malaysia wajib buang terus daripada digelar Yang Berhormat. 

2) Sebenci mana DAP kepada PAS tidaklah boleh mewajarkan seorang bergelar YB atau sesiapa jua untuk mengucapkan "ADIOS" di atas berita kematian orang lain. Jeff Oii secara jelas biadap dalam mengeluar komen terhadap berita kematian Mursyidul Am PAS, Dr. Haron Din.


3) Apa komen orang DAP kalau benda yang sama dibuat sewaktu kematian mendiang Karpal Singh "Tiger of Jelutong" dahulu ?

4) Sebagai pendidik yang memiliki ramai anak murid Cina, saya kira si Jeff Oii inilah antara manusia yang boleh memusnahkan cubaan kita untuk mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan saling memahami juga menghormati sensitiviti sesama kita senegara.

5) DAP dan UMNO yang seperti masih ada sesetengah pemimpin bertaraf "anak ikan" mereka yang masih suka mengeluar kenyataan yang menyumbang kepada rasa benci Melayu kepada Cina juga Cina kepada Melayu WAJIB memberi didikan lebih dalam lagi atau "TUTUP" terus nyawa mereka dalam politik !

UMNO di dalam Muzium ?

1) Jalan-jalan mencari Cendol Jam Besar di Bandar Hilir, Melaka (3/9/2016) sempat lalu di kawasan yang penuh dengan pelbagai muzium.

2) Nampak muzium yang satu ini. Seperti tiada siapa mahu masuk dan tidak pasti juga sama ada jika mahu masuk ada orang yang jaga kaunternya atau tiada.


3) Harga tiket masuk seperti yang tertera di luar amatlah murah. Dewasa hanya RM1 dan kanak-kanak pula 50 sen.

4) Tolak tepi muzium yang percuma (jika ada), maka ini mungkin harga termurah bagi bayaran masuk ke sebuah muzium di abad ke 21 ini. Lokasinya pula cukup strategik. Hanya perlu berjalan kaki sahaja ke / dari Bukit St. Paul, tinggalan A Famosa, Stadhuys, Hard Rock Cafe dan Dataran Pahlawan.

5) Rupanya UMNO sudah awal-awal "dimuziumkan." Murah pula untuk dilawati !

Perginya Tuan Guru Dr. Haron Din

1) Saya secara peribadi meletakkan Dr. Haron Din sebagai orang PAS yang cukup dihormati lagi dikagumi.

2) Sejak kecil nama Dr. Haron Din cukup besar di pemikiran saya. Beliau mempunyai aura yang hebat, dihormati ramai dan ilmunya cukup istimewa.

3) Walau dahulu saya memang penyokong dan pencinta UMNO yang cukup sebati dengan konsep Malaysia Boleh serta Wawasan 2020 di era Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, saya tetap meminati dan menghormati dua tokoh besar PAS iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Haron Din. Pastilah Tok Guru Nik Aziz berada di posisi pertama dan diikuti Dr. Haron. Tiada yang ke tiga.

4) PAS dalam tempoh kurang dua tahun ini telah "kehilangan" dua permata besar yang diangkat sebagai Mursyidul Amnya. Mursyidul Am di dalam PAS adalah jawatan bukan diundi yang cukup dihormati dan diyakini akan kata-katanya. Translasi Inggerisnya - "spritual leader."

5) Aura Nik Aziz dan Dr. Haron cukup kuat dan ini sesuatu yang meresahkan PAS untuk mencari pengganti yang bukan boleh dibentuk auranya dalam masa singkat. Mungkin sudah tiba masanya Presiden PAS sekarang berundur dan memilih untuk menjadi Mursyidul Am dan menyerahkan pentadbiran politik PAS kepada generasi baru yang lebih "dekat" dengan aspirasi ahli-ahli PAS yang terkini.