Aku insan biasa yang tiada apa-apa
Aku bukan insan berharta, bukan juga insan bernama besar
Aku hanya ada harapan dan impian, moga Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa bisa menjelmakannya
Ya Tuhanku, berikan aku kekuatan. Anugerahkan aku insan-insan yang ikhlas membantu dan menguatkanku di saat duka, sukar dan buntu
Aku sedar dunia tidak menjanjikan syurga kerana kiamat itu sendiri akan meniadakannya
Kepada Tuhan aku berdoa moga hidup ini sentiasa dirahmati dan kekuatan jiwa sentiasa melimpah buatku
No comments:
Post a Comment