1) Soalan ini tiba-tiba "terkeluar" daripada otak saya.
2) Jika dilihat kepada kaedah berita TV3, kelihatan "terlebih-lebih" dalam mempertahankan apa jua yang dibuat dan "diinginkan" pihak Kerajaan.
3) "Berlebih-lebihnya" TV3 sebagai pejuang Kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh meninggalkan stesen TV milik langsung Kerajaan iaitu RTM 1, RTM 2, Bernama TV dan pengendali stesen berbayar ASTRO (saluran Awani).
4) RTM dan Bernama pastinya akan terus begitu kerana ianya dimiliki Kerajaan. Siapa jua Kerajaan maka liputan mereka akan lebih "ke arah" itu. Astro melalui saluran Awani pula memang sentiasa menunjukkan laporan berita yang agak "masuk akal" walaupun 70% lebih kepada pihak BN. Sekurangnya laporan RTM, Bernama dan Awani tidaklah membuatkan kita jadi "sewel" ataupun terbeliak mata.
5) TV3 dimiliki secara langsung oleh syarikat berkaitan UMNO, bukan Kerajaan. Jadi, "ke mana" TV3 jika BN hilang kuasa ?
No comments:
Post a Comment