30/07/2016

Namawee Menari Dalam Masjid ?

1) Dengarnya ada laporan Polis dibuat terhadap Namawee kerana menghina Islam. Dia dikatakan ada buat video menari di dalam Masjid.

2) Dulu Namawee pernah "popular" kerana menyanyi Negarakuku yang jelas menghina lagu Kebangsaan. 

3) Tapi Menteri macam Nazri Aziz bagi muka pada Namawee kerana faktor "politik." Perdana Menteripun tidak ambil pusing sangat kalau yang buat masalah itu bernama Namawee.

4) Saya rasa kali ini barulah sesuai untuk PAS Selangor, NGO-NGO berlabel "Islam" yang riuh-rendah hentam Menteri Besar Azmin Ali kerana Selangor izinkan penganjuran konsert Selena Gomez hingga ke tahap ada yang buat sembahyang hajat di luar lokasi konsert minta Tuhan jauhkan bala bencana kerana konsert itu. Sekarang ada orang tempatan "rogol" Masjid, anda boleh senyap ?

5) Jangan guna agama hanya kerana faktor politik. Tidak kiralah agama apa jua, penghinaan secara langsung terhadap Islam, Kristian, Buddha dan Hindu WAJIB diberikan hukuman yang setimpal. Jangan bagi muka ! Pencemar dan perogol agama adalah orang gila yang amat berbahaya kepada negara Malaysia ini !

23/07/2016

Shahrizat Jalil dan Idris Haron: Jangan Campur Tangan Urusan Orang Dalam Isu 1MDB !

1) Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil dan Ketua Menteri Melaka Idris Haron nampaknya sepakat dalam mempertahankan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. 

2) Kedua-duanya buat kenyataan bahawa saman sivil dikemuka Peguam Negara Amerika Syarikat berkaitan penyalahgunaan duit 1MDB kira-kira RM14 Bilion itu sebagai usaha Amerika untuk campur tangan urusan Malaysia. 

3) Shahrizat sampai kata Malaysia akan jadi huru-hara ke tahap perang saudara seperti di Syiria dan Iraq jika kita benarkan Amerika campur tangan.

4) Idris Haron yang sebelum jadi Ketua Menteri pernah dilantik Perdana Menteri Pak Lah sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dipilih semula sewaktu Najib ambil alih jawatan pada 2009 pula kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak perlulah jadi "Abang Long." Dia kata Amerika cuba mengalih perhatian dunia daripada masalah di negara mereka sendiri.

5) Shahrizat dan Idris perlu dimaklumkan bahawa apa yang berlaku bukanlah satu campur tangan. Isunya ialah terdapat rekod dan bukti menunjuk berbelas bilion Ringgit duit 1MDB telah digubah / ditukar secara haram melalui pelbagai transaksi serta dokumen palsu dengan tujuan untuk:

- menyembunyikan asal duit itu
- menyembunyikan sumbernya
- menyembunyikan pemiliknya

MELALUI PELBAGAI INSTITUSI KEWANGAN DI AMERIKA SYARIKAT ...

LALU DUIT BERBILION ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN "pemilikan dan pelaburan / pembelian" pelbagai aset di dalam negara Amerika Syarikat.

Kesalahan berlaku di Amerika Syarikat kerana duit secara haram telah digunakan secara salah di Amerika Syarikat dengan cuba memanipulasi siatem kewangannya untuk tujuan salah.

Sebenarnya, Shahrizat dan Idrislah yang cuba campur tangan urusan undang-undang negara orang !

TUN DR SITI HASMAH VS DATIN SERI ROSMAH MANSOR

1) Minggu ini isteri Perdana Menteri ke 4 dan isteri Perdana Menteri ke 6 Malaysia yang Merdeka mendapat liputan besar-besaran.

2) 13 tahun selepas suaminya meletakkan jawatan secara sukarela dengan disertai sorakan bangga dan juga air mata sedih ramai orang di akhir Oktober 2003, Dr. Siti Hasmah masih ada nama dan diingati ramai.

3) Sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 90, Dr. Siti Hasmah lancarkan autobiografi beliau yang ditulisnya tanpa henti selama enam bulan sekitar tahun 2015 sebelum melalui proses editan dan cetakan lalu menunggu bulan Julai 2016 sempena bulan kelahirannya. Buku berjudul 'I AM HASMAH' itu kini mula menjadi sebutan ramai dan dijangka akan menjadi antara judul 'bestseller' tahun 2016.

4) Rosmah Mansor yang bakal berusia 65 tahun pada Disember ini juga mendapat liputan hebat satu dunia kerana anak lelaki sulongnya melalui perkahwinan pertama iaitu Riza Aziz dikaitkan  dengan kes penggunaan secara haram wang 1MDB bersama-sama dengan jutawan muda yang rapat dengan Rosmah dan Perdana Menteri iaitu Jho Low serta seorang Pak Arab, ahli korperat (KEPARAT ?) kepercayaan 1MDB.

5) Riza dan dua individu terbabit dipercayai telah secara aktif melakukan penyalahgunaan dana 1MDB bernilai US3.5 Billion (sekitar RM14 Bilion) yang telah 'DIJOLIKAN' / 'dibelanjakan' secara salah bagi tujuan pembelian hartanah mewah, jet, karya-karya seni, bayaran hutang judi di kasino dan lain-lain dengan tujuan 'pembersihan' secara penggubahan / penukaran wang haram (money laundering).

Tunku Mahkota Johor & Bangsa Johor: Berani Kerana Benar

1) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Ismail Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar bertitah supaya SPRM jangan terlalu sebok untuk menyiasat salah guna kuasa / pentadbiran di FAM seperti yang dikatakannya.

2) TMJ menegaskan Baginda sendiri akan cuba menyelesaikan isu terbabit dengan pihak FAM bagi mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bola sepak Malaysia. Pegawai-pegawai dalaman FAM yang terlibat dalam salah guna kuasa perlu berundur. 

3) Baginda turut menasihatkan SPRM untuk lebih menumpukan dahulu kepada kes rasuah yang lebih besar dan utama yang berlaku di dalam negara. Perlian secara halus oleh TMJ ini pastilah mudah untuk difahami dan seolah merujuk secara langsung kepada satu isu besar yang sedang menghantui kita semua.

4) Sebagai seorang anak jati Johor Darul Ta'zim (JDT) pastilah saya berbangga dengan TMJ. Keberanian pewaris takhta Kesultanan Johor ini dalam mendepani isu penyalahgunaan kuasa cukup memberi inspirasi kepada anak-anak Johor untuk terus bersuara dan yakin bahawa Tuhan bersama dengan mereka yang percaya kepada konsep jujur dan amanah.

5) Ayuh Bangsa Johor, kita di belakang TMJ. Kita dibelakang Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita tentang rejim kotor yang menyeleweng. Bangsa Johor bersuara bukan untuk Johor tetapi untuk Malaysia yang semua kita seluruh warga menumpang berteduh jiwa dan raga selagi hayat dikandung badan.